Zahid nafi minta PM gugurkan kes di mahkamah 

0
20
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan dakwaan yang beliau menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggugurkan kesnya di mahkamah.

Menurutnya, dia juga percaya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersependapat dengannya yang hanya mahukan penangguhan dan perbicaraan yang adil.

“Apa yang dituntut oleh Datuk Seri Najib hanyalah perbicaraan yang adil.

“Ini yang terkilan. Apa yang dipohon hanyalah penangguhan.

“Bukan pengguguran kes atau sengaja untuk melengahkan kes,” katanya ketika berucap di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur hari ini.

Tambah bekas Timbalan Perdana Menteri itu, isu pemenjaraan Najib dapat menjadi salah satu sebab untuk UMNO bersatu.

“Peristiwa ini sepatutnya menyatukan kita bukan memecahkan kita, Jangan ada kluster-kluster. Kita hanya ada satu kluster iaitu kluster UMNO.

“Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib pada 23 Ogos lalu selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dia bagaimanpun telah mengeluarkan kenyataan berkenaan bagaimana haknya untuk kebebasan dan mendapat perbicaraan yang adil telah dinafikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here