216 pelajar di Johor terima bantuan bernilai RM28,100 sumbangan YPM

0
45
Pengerusi YPM Datuk Mohd Razman Yaacob (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Persekolahan YPM kepada SK Seri Gading hari ini.

BATU PAHAT – Seramai 1,568 orang murid sekolah rendah dan menengah di negeri Johor menerima manfaat sumbangan pendidikan bernilai RM177,962 sejak Yayasan Program MARA (YPM) memulakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Terbaharu, YPM meneruskan inisiaitf membantu pelajar-pelajar daripada kalangan B40, dengan menyumbangkan bantuan persekolahan bernilai RM28,100 melalui siri kelapan Program CSR Pendidikan YPM di sini, hari ini.

Seramai 216 pelajar sekitar daerah Batu Pahat, Segamat dan Ulu Tiram menerima bantuan persekolahan YPM sepanjang dua hari program berlangsung di negeri itu yang disampaikan oleh Pengerusi YPM Datuk Mohd Razman Yaacob.

Mohd Razman berkata, beberapa bentuk bantuan disampaikan termasuk wang tunai kepada 50 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sempurna, 57 pelajar SK Labis, empat pelajar miskin di kawasan Ulu Tiram, lima pelajar kurang berkemampuan, bantuan banjir kepada 100 pelajar sekitar kawasan Sri Gading serta sumbangan dua unit Smart TV kepada SK Labis.

“Bantuan, yang sebahagiannya merupakan sumbangan daripada syarikat korporat, agensi luar dan individu, diharapkan dapat mengurangkan tangunggan keluarga dan menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu serta seterusnya menabur bakti kepada negara yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian CSR Pendidikan YPM Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sempurna, Batu Pahat, hari ini.

Dalam pada itu katanya, YPM mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat, agensi luar dan individu untuk menyumbang dalam program CSR Pendidikan YPM.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan menerusi edonation.ypm.org.my atau aplikasi Touch ’n Go eWallet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here