Abdul Azeez tiba di mahkamah

0
23

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Rayuan bagi mengetahui sama ada rayuannya bagi membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, diterima atau ditolak.

Beliau yang tiba pada kira-kira pukul 9 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berada di lokasi.

Rayuan tersebut didengari oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said, yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali akan menentukan sama ada Ahli Parlimen Baling itu dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Jika rayuan dibenarkan, Abdul Azeez, 55, dibebaskan daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM13.9 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here