‘Ada jabatan kerajaan tidak jelaskan caruman Perkeso berjumlah RM32 juta’ – Cuepacs

0
6

CYBERJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan terdapat sebuah jabatan kerajaan yang belum menjelaskan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan jumlah tunggakan lebih RM32 juta.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, tunggakan bagi tahun 2013 hingga 2020 itu melibatkan kakitangan kontrak.

“Sebagai majikan, adalah menjadi kewajipan untuk memastikan setiap kakitangan kontrak dan sementara membuat caruman kepada Perkeso bagi membolehkan mereka menikmati perlindungan yang sewajarnya.

“Cuepacs berharap kerajaan tegas dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan dan kebajikan pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan melalui Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) telah meluaskan liputan perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan bertujuan memberi perlindungan yang lebih baik kepada pekerja di sektor awam dan setara dengan pekerja sektor swasta.

“Pelbagai faedah disediakan di bawah antaranya ialah faedah hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, pencen penakat, pencen ilat, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah perubatan, rawatan fialisis dan faedah pemulihan jasmani atau vokasional.

“Kami sangat kecewa sekiranya hak sebagai pekerja walaupun berstatus kontrak atau sementara untuk mendapatkan perlindungan tersebut terhalang disebabkan kegagalan majikan masing-masing melakukan caruman kepada Perkeso,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here