Amaran ribut petir, hujan lebat di 5 negeri pagi ini

0
26
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lima negeri menerima amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 12 tengah hari ini, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Pulau Pinang, antara kawasan dijangka terjejas adalah Barat Daya dan Timur Laut manakala di Negeri Sembilan melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Melaka melibatkan Alor Gajah dan Jasin sementara Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here