Amy Search, Dr. Sam, Zul Handy Black berkampung di Malakat Mall Sabtu ini

0
29
Lobi Malakat Mall di Cyberjaya yang akan menjadi venue penganjuran Karnival Cuti Sekolah @Malakat dan Konsert Amal Derry Sulaiman pada Sabtu dan Ahad ini.

CYBERJAYA – Pelbagai kemeriahan dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga menanti pengunjung di Malakat Mall pada hujung minggu ini sempena cuti sekolah yang masih berbaki.

Paling menarik adalah penampilan artis popular Amy Search, pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau, Ijam Medicine, Dr. Sam, Zul Handy Black dan penceramah bebas Indonesia, Derry Sulaiman.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Affandi Hamzah berkata, Malakat Mall akan menganjurkan dua program utama sempena cuti sekolah kali ini iaitu Karnival Cuti Sekolah @Malakat yang sarat dengan aktiviti dan Konsert Amal Derry Sulaiman.

Beliau berkata, antara aktiviti yang akan mengisi program dua hari (Sabtu & Ahad ini) adalah pertandingan Memasak Bersama Keluarga, Family Pot by PakCik DIY, Find Me Shopping Master, Tearista, street soccer 3×3, ping-pong, permainan tradisional, Art&Craft dan banyak lagi.

Untuk kanak-kanak pula, aktiviti dimeriahkan dengan tayangan animasi, pertandingan mewarna, beyblade (bawah 12 tahun), catur, dam aji, snake & ladder,

“Seperti minggu-minggu yang lalu, Malakat Mall sentiasa tampil dengan idea-idea yang dapat memberi kepuasan pengunjung, khususnya aktiviti yang berbentuk kekeluargaan.

“Pada minggu lalu kami mulakan dengan program Sunathon dan ceramah pencegahan penyakit oleh pakar-pakar kesihatan. Minggu ini kami sajikan program yang lebih padat,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Affandi Hamzah

Menurut Affandi, Konsert Amal akan bermula pada pukul 2 petang Sabtu dengan penampilan penceramah bekas anggota kumpulan Death Metal Betrayer iaitu Derry Sulaiman dan persembahan As-Salam Busker (Zul Handy Black) dan Al-Farabi Band.

Konsert Amal ini akan diisi dengan sesi ceramah, persembahan oleh Derry Sulaiman, forum bicara agama yang akan disertai oleh Dr. Sam, Amy Search dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

“Antara tujuan kita melalui penganjuran ini adalah untuk membantu Derry Sulaiman mengutip derma untuk dana pembinaan Masjid BaiturRahman di Palembang, Indonesia,” katanya.

Selain itu katanya, program School of Rock kendalian artis busking Malakat Mall (Migo) yang diadakan di ruang legar Malakat Food Street bakal memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk tampil lebih berani di pentas persembahan.

Maklumat penyertaan dan acara boleh didapati dengan menghubungi talian 016-213 5310 (Aunti Mawar) dan 019-2681350 (Aunti Ezlin).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here