APM gedung ilmu lahirkan graduan percukaian

0
133

CYBERJAYA – Akademi Percukaian Malaysia (APM) merupakan gedung ilmu percukaian yang telah melahirkan ramai graduan yang berilmu pengetahuan serta berkemahiran yang diimbangi dengan sikap, persona dan sahsiah diri yang menepati kehendak dan keperluan organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr. Mohd. Nizom Sairi berkata, APM berperanan penting dalam usaha melahirkan modal insan yang berilmu, kompeten dan berkualiti demi kelestarian perkhidmatan percukaian.

“… Ini terbukti, apabila APM yang kini menginjak usia 28 tahun telah mengambil pelbagai inisiatif yang progresif dan usaha yang berterusan dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi latihan percukaian yang terbaik dan disegani,” kata Mohd Nizom ketika merasmikan Majlis Konvokesyen APM ke-6 di Menara LHDN, di sini hari ini.

Tambahnya, bagi memantapkan kualiti graduan yang dihasilkan, APM turut menubuhkan satu jawatankuasa untuk membangunkan modul pembelajaran lebih tinggi iaitu Program Sarjana Profesional Percukaian (PSPP) sebagai inisiatif bagi terus membudayakan pendidikan percukaian dan menyediakan modal insan berkualiti seiring piawaian pentadbir cukai antarabangsa.

Kata Mohd Nizom lagi, selain latihan, LHDN turut menghantar pegawainya mengikuti kursus di luar negara bagi memantapkan kemahiran menyiasat dan mengaudit berikutan perniagaan yang kini berkembang ke peringkat global.

Mengulas mengenai majlis konvokesyen hari ini, Mohd Nizom berkata, seramai 362 orang graduan berjaya menamatkan pengajian dalam bidang percukaian profesional, perakaunan profesional dan penyiasatan percukaian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here