Artis terkenal meriahkan program dakwah @ Malakat Mall Sabtu ini

0
13
DERRY SULAIMAN

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada satu program dakwah yang akan menampilkan barisan artis pada hari Sabtu ini.

Program yang dicetuskan oleh pendakwah Indonesia, Derry Sulaiman itu akan dibarisi oleh Amy Search, Ijam Medicine, Dr. Sam, Zul Handy Black beserta beberapa nama lain.

Menurut Derry, penganjuran program tersebut tercetus setelah dia singgah di Kuala Lumpur setelah program yang sepatutnya dihadirinya di Sabah, ditangguhkan.

“Saya sepatutnya ke Sabah bagi menghadiri satu program di sana, tetapi ia ditangguhkan pada saat akhir.

“Jadi, saya singgah di Kuala Lumpur dan diajak hadir ke Malakat Mall (di Cyberjaya), dan ketika saya berada di sini (Malakat Mall) idea tersebut tercetus,” kata Derry yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan death metal terkenal, Betrayer sebagai gitaris.

Ketika ditanya mengenai program tersebut, Derry berkata, dia mengambil ilham daripada satu program televisyen Indonesia berjudul ‘Ngobrol Perkara Iman (NGOPI).

“Program ini bukan (kelas) pengajian, bukan tausiyah. Tidak ada sesiapa yang menjadi guru, dan tidak ada murid.

“Ia hanya satu perkongsian pengalaman dan ilmu antara satu sama lain,” jelas Derry.

Beliau berharap, program ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung Malakat Mall, di samping sebagai jalinan silaturahim di antara para artis dengan orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here