[VIDEO] Asal Olive : Jaminan extra virgin dari maklmal UKM

0
71
Minyak zaitun asli berkualiti premium, Asal Olive yang dibawa masuk dari Morocco kini berada di pasaran tempatan dan luar negara.

KEBAIKAN minyak zaitun untuk kesihatan manusia sememangnya diketahui umum bahkan beberapa kali disebut Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

Firman-firman itu jelas menunjukkan betapa besarnya khasiat yang dimiliki buah zaitun sebagai makanan yang kaya dengan zat dan juga penyembuh kepada banyak penyakit.

Namun, lambakan produk minyak zaitun yang dibawa masuk ke negara ini menyebabkan pengguna sering keliru untuk mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.

Menyedari permintaan tinggi terhadap produk minyak zaitun premium di pasaran, Ashland Enterprise memperkenalkan produk mereka iaitu Asal Olive yang dibawa masuk dari Morocco.

Pemilik syarikat, Saira Maideen S Maideen berkata, berbeza dengan produk-produk yang ada di pasaran, pihaknya menawarkan minyak zaitun extra virgin (EVO) berkualiti terbaik yang diproses secara tradisional.

“Tidak dinafikan ada banyak jenama EVO di pasaran sekarang. Tapi dengan Asal Olive, kami menjanjikan kandungan terpenting yang disahkan melalui kajian saintifik.

“Ujian terhadap kandungan produk kami dilakukan dan disahkan oleh makmal UNIPEQ, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya ketika ditemui Malakat Tribune, baru-baru ini.

Prof Dr. Azizan Ahmad
Saira Maideen S Maideen (kanan) bersama Prof Dr. Azizan Ahmad (kiri), CEO Zitouna Global, Aky Syauqi (dua dari kiri) dan Ustaz Mohd Abdullah bin Osman Al-Iraqi selaku pengedar Asal Olive.

Hadir sama Pengerusi Jabatan Sains Kimia Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof Dr. Azizan Ahmad selaku yang bertanggungjawab melakukan ujian terhadal Asal Olive.

Mengulas mengenai penyelidikannya, Prof Dr. Azizan berkata, keistimewaan Asal Olive terletak pada kaedah perahan peringkat pertama (SS-EVOO) musim sejuk yang diamal sejak beratus tahun dahulu.

Menurutnya, antara kaedah yang memberi jaminan kualiti adalah proses kutipan dan perahan yang dibuat pada hari dan dalam suhu yang sama.

“Kajian kami di makmal menemukan keputusan nilai-nilai penting yang amat memberangsangkan sebagai unsur pelindung tubuh manusia daripada penyakit.

“Menariknya perahan kaedah tradisional di kebun berskala kecil di Morocco itu tidak sama dengan penghasilan cara moden yang dibuat secara besar-besaran.

“Misalnya penggunaan tekanan mekanikal (perahan) yang begitu kuat sebenarnya boleh menyebabkan molekul-molekul penting dalam buah zaitun berubah dan rosak,” jelasnya.

Antara ciri-ciri utama yang ditemui pada produk Asal Olive adalah nilai keasidan serendah 0.3 peratus yang hanya boleh diperolehi melalui kaedah perahan cold press.

Nilai itu katanya memenuhi syarat minyak zaitun extra virgin sebanyak 0.8 peratus.

“Ciri-ciri penting lain termasuk kandungan Polyphenol yang mempengaruhi kadar antioksida sebanyak 10,580 miligram (mg) bagi setiap kilogram (kg).

“Ini jauh mengatasi nilai piawaian pada kadar 500 mg/kg. Faktor ini menjadikan produk Asal Olive kaya dengan pendinding kepada banyak penyakit,” katanya.

Pati Minyak Zaitun Premium Morocco Asal Olive

Ujian di Makmal Unipeq, UKM membuktikan minyak zaitun yang dihasilkan secara tradisional ini kaya dengan khasiat-khasiat yang baik untuk kesihatan.

Selain itu katanya, hasil kajian juga mendapati kandungan produk Asal Olive bukan sahaja memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Minyak Zaitun Antarabangsa (IOC) bahkan jauh mengatasi syarat diperlukan.

“Begitu juga dengan kandungan Biophenolnya sebanyak 276 mg/kg yang mana piawaian ditetapkan oleh IOC adalah 250mg/kg.

“Ciri ini melebihi kadar premium minyak zaitun extra virgin yang dapat meningkatkan imuniti sistem badan melawan penyakit,” katanya.

Dr Azizan berkata, fungsi dan kelebihan lain termasuk anti-keradangaan, anti-microbial untuk melawan bakteria, anti-ketumbuhan, anti-alahan mengekalkan tekanan darah dan mengurangkan kolestrol jahat.

Lebih penting untuk diketahui katanya, kesemua ciri-ciri itu mempunyai kaitan dengan faktor pencegahan penyakit kanser.

“Telah terbukti juga dalam kajian-kajian saintifik, kebarangkalian mereka yang mengamalkan minyak zaitun pada setiap pagi adalah sangat rendah,” katanya.

Hasil penyelidikan yang menelan kos kira-kira RM100,000 bersama Ashland Enterprise, produk Asal Olive yang sudah mula dipasarkan sejak beberapa bulan lalu kini mula menembusi pasaran luar negara seperti Arab Saudi, Qatar dan Dubai.

Madu lebah artisan keluaran Ashland Enterprise yang diternak secara semula jadi di Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, Saira Maideen berkata, Ashland Enterprise kini merupakan pengedar produk Asal Olive dan juga madu lebah artisan, AsalBee – Acacia Magium yang juga bebas daripada kandungan gula tambahan.

“Selain minyak zaitun, kami juga ada madu lebah asli yang diternak secara semula jadi di Sumatera, Indonesia.

“Ladang lebah seluas enam ekar kami terletak bersebelahan dengan ladang pokok Akasia seluas 200 hektar.

“Kami mempunyai pengiktirafan dari Institut Genom Malaysia sebagai jaminan kandungan terbaik dan bebas bahan kimia,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai produk ini boleh menghubungi Saira Maideen di talian 011-5872 7359 atau wakil jualan, Ustaz Abdullah Al-Iraqi 012-499 0668.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here