Aspirasi Negara Rendah Karbon dijangka tingkat KDNK sektor tenaga RM13b

0
8
Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara (2022-2040) di Putrajaya, di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Aspirasi Negara Rendah Karbon yang dilaksanakan secara holistik di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) dijangka meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penggubalan DTN telah mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran demi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun dengan mampan.

Katanya, selain menyediakan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu, sektor itu juga bakal menyaksikan kemunculan sektor-sektor baharu yang berkaitan.

“Sektor tenaga negara bakal membuka lembaran baharu selari di peringkat dunia yang menyaksikan munculnya sektor-sektor baharu, seperti mobiliti rendah karbon melalui penggunaan kenderaan elektrik (EV), penjanaan dan penyimpanan sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan tenaga berasaskan bio.

“Untuk mencapai visi dan objektif DTN ini, sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti, berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana dan panjang, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara (2022-2040) di Putrajaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi bekalan tenaga untuk setiap ahlik Keluarga Malaysia berada pada tahap mampu bayar.

Pada majlis itu juga Ismail Sabri turut bersetuju menubuhkan Majlis Tenaga Negara bagi menerajui hala tuju dan langkah strategik berkaitan sektor tenaga.

“Saya akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara ini bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab
berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here