Azalina sah letak jawatan sebagai Penasihat PM

0
32
Datuk Seri Azalina Othman Said

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sah telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, surat berkenaan telah dihantar pada 29 Ogos lalu.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri  mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Semalam tular di Twitter Azalina telah meletakkan jawatan berkenaan, namun laporan sebuah portal menafikan perkara itu dengan memetik sumber terdekat UMNO.

Azalina dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here