Azeem Fahmi dikejarkan ke ISN alami kecederaan hamstring  

0
24
Jaguh lari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi menaiki ambulan sejurus tamat acara 200 meter (m) akibat kecederaan hamstring.

KUALA LUMPUR – Jaguh lari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dikejarkan ke Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil akibat kecederaan hamstring sebentar tadi. 

Dia yang menamatkan saingan ditempatkan kedua dalam final acara 200 meter (m) dilihat dibawa menaiki ambulan sejurus tamat acara berkenaan. 

“Doakan saya”, kata Azeem seperti yang dilaporkan oleh harian Metro hari ini. 

Menurut sumber, Azeem mengalami kecederaan hamstring yang dilihat menjejaskan rentak lariannya ketika final 200m itu sehingga membolehkan pencabar terdekat dari Johor, Muhammad Arsyad Md Saat memintas pada 10m terakhir untuk memenangi emas.

Terdahulu, sebelum aksi final, hari ini, Azeem ada membuat ciapan di Twitter miliknya menggambarkan yang dia mengalami kecederaan hamstring.

Acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Arsyad berjaya memintas Azeem pada 10m terakhir untuk mengesahkan emas miliknya menerusi catatan masa 21.02s.

Azeem yang sebelum ini memenangi emas acara 100m terpaksa berpuas hati dengan perbezaan hanya 0.01s manakala gangsa menjadi milik atlet Negeri Sembilan Muhammad Haiqal Hanafi (21.18s)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here