Bajet 2023: KPLB mohon peruntukan untuk wujudkan kelas pintar Tabika KEMAS

0
11
Datuk Seri Mahdzir Khalid merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memohon peruntukan menerusi Bajet 2023 bagi menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai kelas pintar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB merancang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11,000 buah Tabika KEMAS dilengkapi peralatan digital.

“Insya-Allah kita fight juga bajet (Bajet 2023) untuk KEMAS bagi memulakan sekolah di bilik KEMAS ini dengan dipanggil ‘smart classroom’ dengan sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Jelas Mahdzir, elemen pendigitalan dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting ketika ini dan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada cara pengajaran lama.

Mesyuarat Agung KESATERIA yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati dari 12 cawangan di seluruh Semenanjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here