Bekas Presiden MIC, Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun

0
302
Tun S. Samy Vellu

CYBERJAYA – Bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.

Berita duka itu disahkan oleh bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebentar tadi.

“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, Mantan Presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Velpari.

“Bagi kebanyakan daripada kita, dia adalah mentor utama. Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara.

“Takziah buat keluarga kepada Tun S. Samy Vellu yang telah meninggal dunia hari ini.

“Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat dan negara.

“Jasa dan pengorbanan mendiang selama menjadi Presiden MIC serta menteri kabinet akan terus dikenang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here