Bertengkar akibat agihan jualan tanah, pesara tembak diri sendiri selepas tembak isteri

0
39

KUANTAN – Seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut dengan kesan tembakan setelah dipercayai menembak isterinya sendiri dalam satu kejadian di di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan berkata, isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong dari bahagian belakang dapur rumah pasangan itu sekitar jam 8 pagi.

“Saksi kejadian menyatakan melihat mangsa terbaring kesakitan dan berdarah di pinggang lalu mengejarkan mangsa ke Hospital Jerantut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan siasatan awal mendapati dia mengalami kecederaan di belakang rusuk kiri.

“Suami mangsa berusia 73 tahun pula ditemukan di rumah dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah dengan kecederaan di leher sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran selepas isterinya, juga seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, tidak memberikan agihan hasil jualan tanah kepada suaminya.

Beliau berkata suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here