BN janji buka semula 15 kes digugur PH sekiranya menang PRU-15 

0
34
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil.

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil berjanji akan membuka semula kes jenayah yang digugurkan di era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) jika Barisan Nasional (BN) berkuasa semula.

Katanya, peguam negara pada waktu itu, Tommy Thomas telah bertindak menggugurkan pertuduhan kes mahkamah beberapa pemimpin PH sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka.

Tambah Isham lagi, ada perbezaan di antara tindakan PH terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah.

“Datuk Najib tak pernah minta kes dia digugur. Dia cuma nak keadilan atau pun perbicaraan yang adil. Itu pun kita tak dapat.

“Saya nak cakap sikit pada mereka ni tuan-tuan. Bila kita menang pilihan raya esok, 15 kes yang PH gugurkan ini, kita akan buka balik tuan-tuan,” katanya pada solidariti untuk Najib di Pekan, kawasan diwakili bekas Perdana Menteri itu.

Najib dipenjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atasnya termasuk denda RM210 juta dalam kes penyelewengan SRC International.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, pada 29 Ogos, bertegas PH yang menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) 2018, melakukan pendakwaan terpilih melalui Tommy.

Zahid ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, berkata bekas Perdana Menteri Najib Razak, Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Ketua Penerangan UMNO ketika itu, Datuk Ahmad Maslan dan 18 pemimpin lain parti itu didakwa di mahkamah.

Tetapi, katanya, peguam negara menggugurkan tuduhan terhadap 15 pemimpin PH, termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah ; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Pasir, Gudang Hassan Karim dan Naib Presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here