Bob Lokman meninggal dunia

0
67
Allahyarham Bob Lokman

CYBERJAYA – Penghibur dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas bertahun-tahun menderita penyakit jantung.

Berita pemergian Allahyarham itu turut dikongsi rakan artis antaranya kumpulan nasyid Inteam

“Telah kembali ke rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di hari Jumaat yang mulia ini.

“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abang Bob Lokman,” katanya dalam satu hantaran sebentar tadi.

Baru-baru ini, dalam satu temubual di media, Allahyarham memaklumkan doktor
memberitahunya bahawa tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia meninggal dunia secara mengejut.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here