Bomba selamatkan budak lelaki dipercayai mangsa dera

0
15

CYBERJAYA – Pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak dipercayai mangsa dera di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13 di Ampang, Kuala Lumpur hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan berkata,

Ketika kejadian, kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang dipercayai dikurung, cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat bangunan kondominium tersebut.

Kejadian itu dosedari oleh orang ramai yang kemudiannya menghubungi pihak bomba.

Menurut kenyataan itu, pintu kediaman itu kemudiannya dipecahkan oleh pengawal keselamatan sebelum ketibaan bomba menyelamatkan mangsa.

Berdasarkan gambar, mangsa mempunyai kesan luka dan lebam di badannya, dipercayai akibat didera.

Kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here