Chelsea umum Potter sebagai pengurus baharu pasukan

0
15

LONDON – Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea mengumumkan pelantikan Graham Potter sebagai pengurusnya yang baharu.

Menurut satu kenyataan di laman web pasukan berkenaan, Potter, 47, menandatangani kontrak selama lima tahun.

Pengerusi Chelsea, Ted Boehly berkata, visi inovasi yang dibawakan Potter bersesuaian dengan matlamat kelab.

“Potter bukan sahaja berbakat, tetapi mempunyai kemahiran dan kemampuan yang tidak hanya terbatas di padang,” kata Boehly.

Potter dijangka akan bertemu pemain Chelsea di sesi latihan pada Jumaat.

Sebelum ini, Potter merupakan pengurus pasukan Brighton & Hove Albion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here