Disertai masyarakat pelbagai lapisan, program derma darah anjuran Vedhas Indian Cuisine tepati sasaran Pusat Derma Darah

0
49
Sebahagian peserta yang menyertai program derma darah anjuran Vedhas Indian Cuisine dengan kerjasama daripada Pusat Darah Negara hari ini.

SHAH ALAM – Cuti panjang sempena Hari Malaysia hari ini tidak menghalang orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat menderma darah di sini hari ini.

Program tersebut yang diadakan sempena Hari Malaysia dianjurkan oleh Vedhas Indian Cuisine dengan mendapat kerjasama daripada Pusat Darah Negara.

Menurut jurucakap penganjur program itu, pihaknya bersyukur apabila kempen derma darah itu berjaya mendapat sambutan orang ramai.

“Program ini berjaya menepati sasaran Pusat Darah Negara. Pelbagai lapisan masyarakat hadir dan menderma darah untuk menjayakan kempen ini.

“Walaupun cuti yang panjang, kehadiran para penderma cukup membanggakan. Selain itu, cuaca panas dan hujan tidak menjadi halangan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas dari Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan yang sangat bersemangat, mesra dan cekap dalam menjalankan tugas.

“Vedha’s Cuisine mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program derma darah sempena Hari Malaysia pada hari ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here