Dakwa anak didera pusat pemulihan dadah, suri rumah dituduh buat laporan palsu

0
29
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu

SHAH ALAM – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah madrasah pemulihan dadah kendalian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 21 Ogos lalu.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Zuraina Zamri, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, Zuraina didakwa membuat laporan dengan memberikan maklumat secara bertulis iaitu laporan polis Sri Muda yang diketahuinya palsu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 21 Ogos.

Justeru dia didakwa telah melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Elyza Amira juga meminta agar tertuduh tidak membuat sebarang kenyataan media supaya tidak mengganggu perjalanan kes serta saksi awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here