Dana RM150 juta beri manfaat kepada daya saing usahawan belia. 

0
12
Pengusaha produk makanan haiwan tempatan, Vengadise Dalawisamy.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank untuk menyokong pemulihan perniagaan mikro.

Antara bantuan yang telah disediakan adalah Skim BSN Mikro/i PEMERKASA Belia yang telah banyak membantu perniagaan belia.

Menurut salah seorang penerima bantuan ini, Vengadise Dalawisamy, tempoh dan proses pemohonan bantuan yang tidak rumit dan singkat telah memudahkan urusannya.

“Tempoh dan proses pemohonan bantuan yang tidak rumit dan singkat telah memudahkan pengurusan saya.

“Saya juga dapat mempertahankan perniagaan ketika pandemik melanda negara dengan bantuan ini,”katanya.

Dia yang pelajar sepenuh masa bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) juga merupakan pengusaha produk makanan haiwan tempatan, Vanji Superfresh Feed di Sitiawan, Perak.

Mengulas dengan lebih lanjut, bantuan ini turut meningkatkan produktiviti serta mempelbagaikan variasi produk bagi usahawan-usahawan belia ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here