Datuk Bandar Shah Alam sahkan SPRM serbu pejabat MBSA Isnin lepas

0
14

CYBERJAYA – Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mengesahkan ibu pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diserbu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lepas.

Laporan Sinar Harian itu, bagaimanapun menyebut Zamani sebagai berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai serbuan tersebut.

Tambahnya, pihak MBSA akan megeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima pemakluman rasmi dari SPRM.

“Benar, SPRM ada datang ke pejabat. Tapi kami tiada maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Mereka minta kita berikan fail dan dokumen. Kami telah berikan kerjasama penuh dan tunaikan apa yang mereka minta,” kata Zamani

Tambah Zamani, pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada pihak SPRM berkenaan serbuan tersebut.

Laporan Sinar Harian tersebut turut menyebut, satu sumber memaklumkan bahawa SPRM sedang menjalankan siasatan mengenai kes berkaitan tebatan banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here