Dekati pengundi muda, PM yakin BN dapat kembali tawan Pulau Pinang

0
11
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ahli BN di Pulau Pinang semalam

GEORGETOWN – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional (BN) telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh gabungan parti politik itu.

Perdana Menteri berkata, selain menyantuni pengundi sedia ada, pihaknya juga akan memberi tumpuan terhadap pengundi muda yang bakal mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Malam semalam saya tiba di Pulau Pinang dan terus bertemu dengan keluarga besar BN Pulau Pinang bagi merapatkan lagi silaturahim serta beramah mesra dengan pimpinan dan jentera kita bagi menghadapi PRU-15.

“Lautan biru BN yang amat besar dengan semangat yang dibawa BN Pulau Pinang malam tadi membuktikan kita telah bersedia untuk menawan semula hati rakyat Pulau Pinang.

“Golongan muda seawal usia 18 tahun yang akan mengundi kelak akan sentiasa menjadi keutamaan BN dan gerak kerja perlu dipertingkat untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi golongan ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menegaakan bahawa setiap parti komponen dalam gabungan itu saling bantu membantu.

“Saya ingin tegaskan bahawa kita perlu bersatu padu dan saling membantu di antara parti komponen kerana nawaitu kita untuk memenangkan calon BN pada PRU yang bakal tiba,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here