Ebit Lew tiba di mahkamah, hadapi perbicaraan kes gangguan seksual

0
17
Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini

TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual dihadapinya bermula hari ini sehingga 30 September.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, yang tiba pukul 9 pagi kelihatan berpakaian serba hitam dan berkopiah putih dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser berwarna hitam.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 41 tahun melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Dakwaan terhadap Ebit itu dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here