Elak bayar parkir, kawasan sekolah jadi mangsa kesesakan lalu lintas

0
837
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (1), Azrul Razilah, mengawal lalu lintas di hadapan sekolah berkenaan bagi mengurangkan kesesakan.

CYBERJAYA – Pelaksanaan pembayaran parkir kenderaan yang dikenakan di beberapa kawasan tumpuan di sini telah memberi kesan terhadap aliran trafik di sini.

Antara kawasan yang terkesan termasuk Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (1), apabila tempat letak kenderaan yang terletak di hadapan sekolah itu telah digunakan oleh pekerja dan pengunjung bangunan perniagaan berkenaan.

Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Azrul Razilah, 40, sejak sistem pembayaran parkir kenderaan tersebut diperkenalkan, pengunjung dan pekerja dilihat menggunakan parkir sekolah berkenaan bagi mengelak daripada membayar cas parkir.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (1), Azrul Razilah.

“Bila Tamarind (pusat beli belah) umum tempat letak kenderaan di kawasan tersebut kena bayar mereka mula letak kenderaan dekat depan sekolah untuk elak bayar caj parkir.

“Jadi hal ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah di sini.

“Ramai yang salah faham bahawa ini adalah tempat letak kenderaan awam tapi sebenarnya bukan, ini adalah kawasan tempat letak kenderaan hak milik sekolah,” katanya kepada Malakat Tribune.

Sehubungan dengan itu,katanya, satu perjumpaan antara pihak PIBG sekolah berkenaan dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah diadakan baru-baru ini.

Kata Azrul, hasil daripada pertemuan tersebut, pihak MPSepang telah memberi kebenaran kepada pihak sekolah untuk meletakan kon di petak parkir bagi menghalang orang awam meletakkan kenderaan di situ sesuka hati.

Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (1), mengawal lalu lintas di hadapan sekolah berkenaan bagi mengurangkan kesesakan.

Selain itu, katanya, bagi mengatasi perkara tersebut, pihak PIBG telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan petugas untuk mengawal dan menjaga lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Kami telah mewujudkan sukarelawan untuk membantu mengawal lalu lintas dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Malakat Tribune hari ini mendapati masih terdapat beberapa pemilik kenderaan yang masih berdegil dan tetap meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Ditanya adakah tindakan yang lebih tegas bakal diambil selepas ini, Azrul berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak MPSepang untuk sebarang tindakan lanjut.

“Insya-Allah kami akan hubungi pihak MPSepang untuk dapatkan bantuan, kalau MPSepang boleh ‘towing’ tapi perkara itu saya tak boleh nak ulas dengan lebih lanjut,”ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here