Founder Misi kutip RM142,634, bantu keluarga penghantar makanan dirempuh SUV 

0
23
kredit foto : Puteradaily.

KUALA LUMPUR – Kutipan derma berjumlah RM142,634 telah berjaya dikumpul oleh Founder Misi bagi membantu dua keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru Jalan Haji Sirat, semalam.

Founder Misi dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya akan melawat keluarga kedua-dua mangsa itu esok, untuk menyampaikan sumbangan terkumpul.

“Salah seorang masa sedang kritikal dan memerlukan kos rawatan tinggi. Moga kutipan sumbangan sehingga Januari 12 malam semalam cukup untuk meringankan beban kedua-dua pihak mangsa.

“Saya akan melawat keluarga mangsa esok untuk sampaikan sumbangan dan uruskan pemindahan wang kepada isteri mangsa. Terima kasih semua saya yakin sifat kemanusiaan tidak pernah hilang daripada jati diri kita,” katanya.

Untuk rekod, sumbangan tersebut dibuka bermula pukul 9.30 malam pada 23 September sehingga 9.00 malam semalam.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook berkenaan turut meminta bantuan orang ramai bagi mengenal pasti keluarga mangsa-mangsa terlibat bagi memudahkan urusan penyerahan sumbangan.

Terdahulu, seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan ultiliti sukan (SUV) dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang melibatkan lima kenderaan itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal lain cedera parah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ketika kejadian kedua-dua lelaki berusia 34 dan 29 tahun itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here