Guru Cemerlang sekolah rendah berpeluang naik gred DG52, DG54 – Radzi

0
15
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengadakan lawatan ke tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan, di sini, hari ini.

SEPANG – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Guru Cemerlang di sekolah rendah kini berpeluang menikmati kenaikan ke gred lebih tinggi hingga DG52 atau DG54.

Radzi berkata, pihaknya sedar ramai guru siswazah telah ditempatkan di sekolah rendah hingga mencecah kira-kira 90 peratus.

Justeru katanya, mereka juga akan diberikan ruang sama seperti guru di sekolah menengah.

“Gred guru penolong kanan juga akan dinaikkan jika memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Warisan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan yang timbul dalam kalangan guru sekolah rendah mengenai perjawatan Guru Cemerlang hanya setakat Gred DG48 berbanding guru sekolah menengah hingga Gred DG52 dan DG54, sedangkan mereka mempunyai tahap pendidikan yang sama.

Semalam, media melaporkan KPM memutuskan untuk terus mengekalkan jawatan guru besar sebagai pentadbir dengan Gred DG52, tanpa perlu kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, terdapat ramai guru siswazah di sekolah rendah kini, iaitu kira-kira 90 peratus seperti di sekolah menengah, justeru sudah tiba masanya untuk gred mereka dinaikkan.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) juga telah bersetuju untuk menaikkan gred itu.

“Guru penolong kanan juga tidak perlu risau kerana kementerian telah membuat penyusunan semula dalam model baharu struktur organisasi di sekolah, dan perincian mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here