Helikopter hilang, operasi SAR digerakkan

0
22

IPOH – Sebuah helikopter jenis Eurocopter dikhuatiri hilang di kawasan hutan di sekitar kawasan Bidor, dekat sini, tengah hari tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, helikopter yang dioperasikan oleh sebuah syarikat swasta itu dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) kira-kira pukul 12.16 tengah hari.

Menurutnya, helikopter tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi dan dijadualkan sampai di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, pada pukul 12.37 tengah hari.

Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bidor telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kita akan lakukan apa juga usaha dalam mendapatkan helikopter yang dikatakan telah hilang hubungan dengan KLATCC,” katanya kepada pemberita ketika melawat Stesen Keretapi Ipoh, hari ini.

Berdasarkan maklumat awal, terdapat seorang juruterbang di dalam helikopter berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here