Ibu mangsa sindiket penipuan rayu bantuan anak hidap sakit mental terperangkap di Myanmar 

0
21
30 orang wakil ahli keluarga mangsa penipuan hadir ke Pejabat Perdana Menteri bersama ahli-ahli badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyerahkan memorandum untuk kerajaan membantu menyelasaikan isu sindiket penipuan itu. Kredit foto – Najmi Zulkefle.

PUTRAJAYA – ‘Tolong kami PM’ itulah luahan daripada seorang ibu kepada salah seorang mangsa sindiket penipuan yang kini sedang terperangkap di Myanmar.

Menurut Mei Mei, 50, (bukan nama sebenar) dia sudah seminggu terputus hubungan dengan anaknya dan kini bimbang dengan tahap kesihatan anaknya itu yang dikatakan menghidap penyakit mental dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala.

“Dia sudah satu minggu tiada ‘call’ saya dan sekarang dia berada di Myanmar. Dia ada sakit mental dan perlu disuntik di hospital,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, anak sulungnya itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai snooker di Alor Setar, Kedah sebelum diajak oleh rakanya untuk bekerja di sana.

“Sebelum ini anak saya kerja kedai snooker di Alor Setar, Kedah kawan dia ajak dia pergi sana (Myanmar) guna laluan tikus. Saya tak bagi dia pergi tapi dia pergi juga.

“Kawan dia cakap kerja sebagai penyelia pelanggan (customer service) tapi sekarang telefon anak saya sudah kena ambil dan dia hubungi saya guna email sahaja sekarang,” katanya dengan nada yang sedih.

Terdahulu, dia yang datang dari Johor Bahru hadir ke Pejabat Perdana Menteri bersama-sama ahli keluarga mangsa yang lain dan wakil NGO hari ini, untuk tujuan penyerahan memorandum menggesa kerajaan mengambil tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata, sindiket penipuan ini berbeza kerana dilindungi oleh pihak berkuasa di sana.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim (tengah) – Kredit foto – Najmi Zulkefle

“Kita mendapat maklumat daripada ahli keluarga mangsa bahawa sindiket ini merupakan sedikit yang dilindungi oleh pihak berkuasa di negara mereka.

“Selain itu, ada juga pihak kedutaan membuat laporan polis tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara berkenaan malahan ada juga mangsa yang berjaya melarikan diri hadir ke balai polis tetapi dihantar pulang semula,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hisham menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang lebih tegas di samping menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk campur tangan.

“Tindakan yang polis buat masih belum memadai, oleh yang demikian kami mewakili keluarga mangsa merayu, meminta Perdana Menteri menghubungi ketua-ketua negara Mynmar, Laos dan Kemboja untuk tamatkan isu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here