Insiden tikaman Kanada: Satu suspek ditemukan maut, satu lagi masih diburu

0
19
Asisten Komisioner RCMP, Evan Bray ketika sidang akhbar.

OTTAWA – Polis Kanada mengesahkan salah seorang suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tikaman secara rambang di wilayah Saskatchewan, ditemukan maut.

Portal The Guardian menyebut, perkara itu dimaklumkan oleh Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu sidang akhbar bahawa satu mayat yang ditemukan Ahad dikenal pasti sebagai Damien Sanderson, iaitu salah seorang suspek kejadian.

Suspek kejadian dikenal pasti sebagai Damien Sanderson (kiri) dan abangnya, Myles.

“Kami mengesahkan lelaki itu mengalami kecederaan.

“Setakat ini, kami percaya kecederaan dialami suspek bukan dilakukan sendiri.

“Angka kematian akibat insiden itu telah mencecah 11 orang, manakala 19 lagi cedera,” menurut RCMP.

RCMP turut mengesahkan kedua-dua suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi suspek yang masih dalam buruan mungkin mengalami kecederaan.

Pada Ahad, seramai 10 orang terbunuh, manakala 15 yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital selepas ditikam secara rambang di 13 lokasi di James Smith Cree Nation dan Weldon.

Amaran individu berbahaya telah dikeluarkan dan pihak polis telah melakukan sekatan dan pemeriksaan di seluruh Saskatchewan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here