Israel lancar serangan peluru berpandu ke Syria

0
20
Lapangan Terbang Aleppo. – GAMBAR FAIL

DAMSYIK – Israel dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Syria, mengakibatkan kerosakan barangan di lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo dan kem tentera berhampiran ibu negara Damsyik pada malam Rabu (waktu tempatan).

Laporan Xinhua yang memetik kenyataan tentera Syria berkata, peluru berpandu Israel yang mengenai lapangan terbang Aleppo datang dari arah seberang Mediterranean.

Hampir sejam kemudian, peluru berpandu yang dilancarkan dari Tasik Tiberias di utara Israel mengenai kem tentera berhampiran Damsyik.

Pasukan pertahanan udara Syria berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilepaskan dari Israel, kata tentera Syria.

Kumpulan pemerhati berpangkalan di UK, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan pertama mengenai depot senjata Iran berhampiran lapangan terbang di Aleppo, manakala sasaran kedua yang dibedil adalah penempatan tentera di bandar Al-Kiswah, 13 kilometer (km) di selatan Damsyik.

Kumpulan pemerhati itu turut berkata, Israel melepaskan empat peluru berpandu ke arah lapangan terbang dan gudang di sekitarnya, yang dikatakan menyimpan “bekalan peluru berpandu yang menunggu untuk dihantar ke Iran”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here