Israel pertahan anggota tentera dituduh tembak mati wartawan Al-Jazeera

0
9
PM Israel, Yair Lapid.

BAITULMAQDIS – Israel tidak akan mendakwa anggota tenteranya yang dituduh menembak mati seorang wartawan veteran al-Jazeera, Shireen Abu Akleh dalam satu operasi ketenteraan di Jenin, Tebing Barat pada 15 Mei lalu.

Pada Isnin, pihak Israel buat pertama kalinya mengaku bahawa salah seorang anggota tenteranya berkemungkinan telah menembak Shireen, 51, selepas dia disalah anggap sebagai pejuang Palestin.

Pengakuan itu dibuat selepas beberapa bulan yang mana tentera Israel menegaskan adalah mustahil untuk menentukan punca tembakan maut yang membunuh wartawan terkenal itu.

“Saya tidak akan membenarkan seorang askar IDF (Pasukan Pertahanan Israel) yang melindungi dirinya daripada tembakan untuk didakwa hanya untuk menerima tepukan dari luar negara,” kata Lapid dalam satu majlis ketenteraan seperti dilaporkan oleh AFP.

Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyimpulkan pada Jun lalu bahawa tiada bukti terdapat aktiviti dilakukan penduduk Palestin bersenjata di kawasan berdekatan tempat Shireen mati ditembak.

Ketika kejadian, wartawan itu memakai jaket kalis peluru bertanda ‘Press’ dan topi keledar apabila dia ditembak di kepala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here