Jabatan Penjara sahkan Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras

0
28
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di sini sejak Isnin lalu.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan.

Katanya, ia susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu susulan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan hingga kini.

“Datuk Seri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan pihaknya juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

Katanya, ia termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here