Jamal Yunos dimasukan ke hospital, rebah semasa hadiri program BN 

0
13
Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

SUNGAI BESAR – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang rebah secara mengejut dalam satu program anjuran Barisan Nasional (BN) di sini, malam tadi. 

Menurut anak kepada Jamal,52, Amin Daniel, bapanya kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, setakat ini punca sebenar yang menyebabkan bapanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, rebah masih dalam siasatan doktor.

“Semalam sebenarnya dia pergi ke satu program BN, dan selepas itu entah macam mana dia (Jamal) boleh rebah di situ. Saya sendiri yang bawanya ke Prince Court dari Sekinchan.

“Bila sampai di Prince Court, doktor ambil ujian darah dan masa itu dia sudah okay sikit. Sekarang ini sedang tunggu keputusan ujian darah. Mungkin tekanan darah terlalu tinggi, manusia ini kalau tekanan darah tinggi itu yang tak boleh stabil dan boleh rebah,” katanya memetik laporan Astro Awani. 

Tambah Amin Daniel lagi, sebelum menghadiri program berkenaan, Jamal ada memaklumkan bahawa dia kurang sihat.

Sungguhpun begitu, Jamal meneruskan perancangan untuk hadir ke program berkenaan walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

Ditanya adakah tahap kesihatan Jamal ada kaitan dengan penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya, Amin Daniel berkata, bapanya itu telah disahkan bebas daripada penyakit tersebut sekitar Julai lalu.

“Tetapi kali ini saya rasa bukan (berpunca) daripada kanser, tapi saya tak pasti lagi. Alhamdulillah dia sudah boleh makan,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here