JBPM Selangor sedia hadapi ancaman banjir akibat MTL

0
55
Para petugas media yang terlibat dalam latihan hari ini diberi taklimat keselamatan oleh PKPgB Juyana [email protected]

SEPANG – Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor sudah bersedia menghadapi kemungkinan bencana banjir pada musim Monsum Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku mulai Oktober.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, selain mengenal pasti kawasan berisiko banjir, pihaknya turut mengadakan simulasi dengan agensi berkaitan dengan operasi banjir.

NORAZAM

“Untuk rekod terdapat sebanyak 307 kawasan diancam risiko banjir di seluruh Selangor, manakala 56 lokasi merupakan kawasan yang sering berlaku banjir setiap tahun.

“Antara lokasi tersebut adalah di Klang, Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Petaling. Kita sudah kenalpasti kawasan ini secara khusus,” kata Norazam.

Latihan penyelamatan air menggunakan kayu.

Tambahnya, bagi memastikan kelancaran operasi sekiranya berlaku banjir, pihaknya turut mengadakan simulasi bersama agensi berkaitan bagi memastikan pergerakan penyelamatan dapat dilakukan dengan tersusun dan lancar.

Norazam berkata demikian ketika meninjau Latihan Asas Water Confidence bersama pihak media, di sini hari ini.

Latihan pada hari ini melibatkan seramai 46 anggota Pasukan Penyelamat Air (PPA) dari Balai Bomba Seksyen 15, Klang dan KLIA, dan juga 11 buah bot.

“Bagi latihan ini, kami sertakan sekali pihak media bagi memastikan para petugas mempunyai pengetahuan asas dalam penyelamatan diri sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terutamanya ketika bertugas membuat liputan berkenaan banjir,” kata Norazam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here