JBPM siap siaga hadapi ancaman banjir

0
50

PUTRAJAYA – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara berada dalam keadaan siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan risiko berlaku banjir di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebanyak 332 balai bomba dengan hampir 30,000 anggota termasuk anggota bantuan dan sukarela, sudah bersedia untuk digerakkan.

“Dari segi lojistik, hampir 2,000 aset kenderaan dan jentera pelbagai fungsi termasuk darat, air dan udara berada dalam keadaan baik dan dalam keadaan sedia untuk digerakkan ke lokasi kecemasan dan bencana,” kata Reezal, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan kesiap siagaan JBPM di pekarangan Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Terdahulu, Reezal menghadiri sesi taklimat kesiapsiagaan JBPM dalam menghadapi MTL yang turut dihadiri oleh pengarah-pengarah bomba negeri secara maya.

Reezal turut menjelaskan, pihak JBPM telah menetapkan tiga lokasi sebagai Pangkalan Hadapan Wilayah bagi menghadapi banjirmengikut zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Perda Pulau Pinang (Zon Utara), Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Johor (Zon Selatan), dan Akademi JBPM Wilayah Timur di Terengganu (Zon Timur).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here