JDT nafi tawark kontrak kepada ‘ubi muda’ Terengganu

0
5
Pemain sayap Terengganu II, Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid, 21, beraksi cemerlang di sukan Sukma baru-baru ini.

CYBERJAYA – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan pernah membuat kepada pemain Terengganu FC II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid.

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq.

“Kami terkejut dengan berita tentang tawaran yang sudah dilakukan kepada Atiq.

“Kami juga tertanya-tanya dari mana Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada walau seorang pun staf teknikal termasuk saya selaku Pengarah Teknikal atau Martin Prest, Pengarah Sukan telah membuat tawaran kepada pemain tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mendedahkan pemain yang boleh beraksi di posisi sayap kiri dan kanan serta penyerang itu dirisik kelab JDT.

Beliau menjelaskan, aksi bertenaga dipamerkan pemain kelahiran Felda Cherul, Kemaman itu dalam temasya Sukma baru-baru ini berjaya menarik minat barisan kejurulatihan JDT untuk mengikat pemain itu.

Pada temasya sukan itu Terengganu berjaya merangkul ‘ibu segala pingat’ pada edisi ke-20 di Lembah Klang, minggu lalu selepas menewaskan Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here