K-KOMM adakan kolaborasi dengan produksi filem Thailand, hasilkan filem Setanggi Ratna Inderapura 

0
11
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan kolaborasi strategik antara produksi filem tempatan bersama produksi filem Thailand bagi menghasilkan filem mengenai kisah Setanggi Ratna Inderapura.

Menurut Timbalan Menteri K-Komm, Zahidi Zainul Abidin, kolaborasi strategik berkenaan adalah antara produksi filem tempatan dengan produksi filem Thailand.

“Minggu depan saya nak ke Thailand kerana kita mahu menggalakkan filem Setanggi Ratna Inderapura ini menembusi pasaran antarabangsa saya juga akan berusaha mencari produksi-produksi filem di sana untuk bekerjasama dalam mengeluarkan filem ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menonton teater Syair Setanggi Ratna Inderapura di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur malam tadi.

Tambah Zahidi lagi, kisah sejarah Sultanah Alam Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Ungu itu perlu ditayangkan untuk dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini.

“Filem Srikandi Melayu yang terkenal dengan berpencak senjata dan mengetuai angkatan perang dapat dijadikan pengajaran khusus buat generasi muda pada masa ini.

“Ramai yang perlu tahu mengenai kisah Raja Ungu ini kerana ia sangat bermakna dan cerita ini bukan sahaja menonjolkan tentang sejarah Melayu tetapi elemen seperti syair dan nazam Melayu, harus ditonjolkan kepada generasi muda,” ujarnya lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here