Kadar OPR naik 25 mata asas kepada 2.5 peratus – BNM

0
39

CYBERJAYA – Bank Negara (BNM) hari ini menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 25 mata asas kepada 2.5 peratus.

Kata BNM dalam satu kenyataan, kenaikan itu terpaksa dilaksanakan berikutan tekanan inflasi.

“Walaupun situasi rantaian bekalan global semakin memulih, tekanan inflasi masih tinggi berikutan kenaikan harga komoditi dan pasaran buruh yang ketat,” kata BNM dalam kenyataan tersebut.

“Berikutan itu, bank-bank pusat (lain) dijangka akan terus merubah polisi kewangan mereka, bagi mengurangkan tekanan inflasi.

Untuk rekod, kenaikan ini merupakan kali ketiga dilaksanakan pada tahun ini.

Pada Mei, kadar OPR dinaikkan ke 2 peratus, dengan kenaikan seterusnya pada bulan Julai berikutnya sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here