Kanak-kanak dua beradik maut dalam kebakaran

0
129
Rumah yang terlibat kebakaran mengorbankan dua kanak-kanak di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman di sini petang ini.

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Dato Sulaiman Menteri di sini petang ini.

Mangsa yang ditemui terperangkap dalam kebakaran itu adalah adik beradik iaitu Muhamad Zafran Muhammad Fikri berusia 3 tahun manakala Nurul Hawa Zafira, 2.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Malek Rivan berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kebakaran itu pada pukul 1.41 petang dan menggerakkan 14 anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar itu melibatkan premis kekal berkeluasan kira-kira 720 kaki persegi.

“Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 60 peratus daripada keseluruhan rumah. Terdapat dua mangsa telah ditemui rentung di ruangan bilik tidur.

“Pemadaman awal telah dilakukan oleh orang awam menggunakan jirusan air paip. Tindakan operasi pemadaman dilakukan pihak bomba sehingga keadaan terkawal pada pukul 2.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan juga, kedua-dua mangsa tinggal bersama seorang penjaga ketika kejadian itu berlaku.

Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here