Kanak-kanak jadi ‘hero’ selamatkan rakan daripada diculik

0
112
Gambar hiasan.

LIPIS – Seorang kanak-kanak berjaya menggagalkan cubaan culik terhadap rakanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola di padang Sekolah Kebangsaan Jeram Landak di sini, pada 25 September.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Supritenden Azli Mohd Noor, kejadian itu berlaku pada 25 September kira-kira jam 7.15 petang yang  turut ditularkan di media sosial.

“Ibu (pengadu) kepada kanak-kanak yang berjaya membantu menggagalkan cubaan itu telah membuat laporan polis pada 26 September kira-kira jam 1.50 petang.

“Sorotan kejadian itu yang berlaku berhampiran sekolah tersebut dan didakwa suspek dipercayai memandu kereta Proton Wira berwarna merah dan tidak dapat mengecam nombot plat kereta itu,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Katanya, pengadu memaklumkan kereta itu didakwa datang dari arah bertentangan dan memasang lampu besar, kemudian kereta itu terus berhenti dan cuba menarik pergelangan tangan kanan kanak-kanak tersebut melalui tingkap kereta.

“Anaknya menolong menarik dan merentap tangan kawannya daripada lelaki tersebut sehingga mereka berdua terjatuh ke dalam semak, kereta itu terus memecut meninggalkan tempat tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu menculik dari penjagaan yang sah dan perlu dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya lagi, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan dengan segera jika ada sebarang maklumat atau individu yang mencurigakan berada di kawasan kejiranan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here