Kejohanan Bola Sepak Piala Radzi Jidin erat hubungan komuniti masjid dan surau Putrajaya 

0
270
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin bergambar bersama perserta Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Putrajaya (KLMS) Piala Radzi Jidin di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Putrajaya (KLMS) Piala Radzi Jidin berlangsung penuh meriah dengan melibatkan 800 peserta di sini, hari ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Mat Jidin, kejohanan tersebut bakal berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan bakal bersambung esok.

Kata beliau, kejohanan bola sepak ini dipecahkan kepada tiga kategori dengan penglibatan 50 pasukan mewakili masjid dan surau sekitar Putrajaya.

“Kejohanan bola sepak ini diadakan untuk memberi ruang dan tempat khususnya untuk komuniti surau dan masjid sekitar Putrajaya.

“Ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk melihat anak-anak muda melibatkan diri dalam aktiviti sukan bola sepak,”katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Puytrajaya Piala Radzi Jidin di sini, hari ini.

Peserta Kejohanan Bola Sepak Liga Masjid dan Surau Putrajaya (KLMS) Piala Radzi Jidin.

Dalam pada itu, rata-rata peserta kejohanan juga berasa teruja dan tampak bersemangat dengan mempamerkan corak permainan yang bertenaga sepanjang kejohanan.

Menurut salah seorang peserta kejohanan, Aiman Daniel, 17, kejohanan seperti ini bagus dianjurkan kerana dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat pada hujung minggu ini.

“Saya rasa kejohanan ini bagus sebab jarang ada kejohanan wakil antara masjid dan surau dekat sini.

“Saya pun dapat isi masa lagi-lagi hari cuti macam ini daripada duduk rumah baik pergi main bola,”katanya.

Dia yang mewakili pasukan As-Salam juga berharap, kejohanan seperti ini diadakan dengan lebih kerap lagi untuk menarik minat anak muda untuk lebih dekat dengan masjid dan surau.

Untuk rekod, kejohanan ini diadakan di tiga buah padang sekitar Putrajaya dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1500 beserta piala kepada pemenang kejohanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here