Kelantan dipilih lokasi pertama Kafe Tea Amo

0
11
Hiasan dalaman Tea Amo Kafe Kota Bharu, Kelantan yang berilhamkan restoran itu di Turkiye.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco hari ini merasmikan pembukaan Tea Amo Cafe yang merupakan cawangan pertama restoran itu di negara ini selepas bertapak di Turkiye awal tahun lalu.

Pengerusi Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya amat berbesar hati dan bangga dengan pembukaan outlet pertama Tea Amo Cafe yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Beliau berkata, selepas lima bulan jenama Tea Amo bertapak di Kelantan melalui operasi kiosk wagon, hari ini ‘Ore Kelate’ berpeluang menikmati pilihan menu yang lebih lengkap di Tea Amo Cafe.

Katanya, dengan perasmian kafe berkenaan itu, pelanggan kini berpeluang menikmati lebih daripada 40 jenis minuman berasaskan tea boba di samping pelbagai jenis makanan bercita rawa tempatan dan antarabangsa.

“Hasrat saya adalah untuk melihat jenama Malaysia seperti Tea Amo ini mampu menjadi sebesar dan segagah syarikat seperti Starbucks misalnya.

“Dan Alhamdulillah selepas 5 bulan bertapak di Kelantan, dah ada 4 cawangan Tea Amo iaitu Tanah Merah, Pasaraya Pantai Timor Jelawat, Lapangan Terbang Kota Bharu dan Lotus Kota Bharu.

“Di dalam negara kita sudah ada 35 cawangan tidak termasuk di Turkiye dan di Bandung, Indonesia,” ,” katanya pada majlis perasmian Tea Amo Cafe di Kota Bharu hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan tawaran program latihan perniagaan selama setahun kepada anak kelahiran Kelantan dan merebut peluang memiliki perniagaan sendiri.

“Tujuan utama kita adalah menyediakan kemudahan perniagaan kepada umat Islam untuk tidak lagi bergantung kepada pinjaman riba.

“Saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya Encik Syarul atas kejayaan ini. Biarlah ini menjadi permulaan kepada lebih banyak cawangan Tea Amo Cafe di Kelantan,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, kafe yang terletak bersebelahan dengan Maybank Lundang itu mengambil inspirasi reka bentuk Tea Amo Cafe di Turkiye.

“Apa yang lebih penting, prinsip kita adalah di mana kita buka Tea Amo kita akan beri manfaat kepada masyarakat setempat.

“Saya dimaklumkan pereka hiasan dalaman dan pekerja di restoran ini semua ‘Ore Kelate”.

En Syarul berucap pada perasmian Tea Amo Kafe di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Sementara itu, rakan kongsi Mohd Fadzil yang menguruskan operasi Tea Amo Cafe berkenaan, Mohd Syarul mengucapkan terima kasih kepada Mohd Fadzil atas kepercayaan yang diberikan sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.

“Saya rasa tanggungjawab meneraju perniagaan ini sesuatu yang berat tapi insyallah saya akan cuba lakukan yang terbaik.

“Minta orang-orang Kelantan beri sokongan kepada Tea Amo,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here