Keluarga mangsa penipuan pekerja di luar negara kecewa Kedutaan Laos enggan beri kerjasama 

0
37
Penyerahan memorandum kepada Kedutaan Laos oleh wakil pelbagai NGO dan keluarga mangsa sindiket penipuan di sini, ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle

KUALA LUMPUR – Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara ASEAN diteruskan dengan penyerahan memorandum di Kedutaan Laos di sini, hari ini.

Walaubagaimanapun, penyerahan memorandum tersebut tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak Kedutaan Laos yang enggan menerima memorandum itu.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, penyerahan memorandum terbabit adalah untuk mendesak campur tangan kerajaan Laos terhadap isu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di sana.

“Laporan polis sudah dibuat di balai Laos namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis di sana.

“Kami mendapat maklumat sindiket ini dilindungi oleh pihak berkuasa di sana jadi tindakan yang lebih perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum di hadapan bangunan kedutaan Laos di sini, hari ini.

Yang hadir sama, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Se-Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi.

Penyerahan memorandum kepada Kedutaan Laos oleh wakil pelbagai NGO dan keluarga mangsa sindiket penipuan di sini, ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle

Menurut Hisham lagi, empat orang mangsa sudah berjaya melarikan diri dari negara berkenaan dengan menggunkan pelbagai cara.

“Kita juga mendapat maklumat ada empat mangsa rakyat Malaysia yang berjaya melarikan diri.

“Ada yang lari dengan menggali lubang, ada yang lari bila mereka rasa dapat peluang untuk larikan diri macam seorang mangsa ini yang lari bila ditinggalkan di hotel,”ujarnya lagi.

Berikutan itu Hisham menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua negara yang terlibat secepat mungkin kerana nyawa rakyat Malaysia dalam taruhan.

“Satu kematian tidak rasmi sudah direkodkan dan satu kematian rasmi direkodkan di Myanmar jadi setiap detik dan saat yang berlalu nyawa rakyat Malaysia dalam taruhan.

Sementara itu, Musa yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) berkata, beliau sudah berhubung dengan pihak polis berhubung isu ini dan giat mengumpul maklumat untuk membantu mangsa.

“Saya telah berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan maklumat dan jalankan siasatan bagi kes ini dan Insya-Allah pihak polis juga akan membantu memastikan keselamatan mereka yang berada di sana,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here