Kementerian Mesir larang solat jenazah ghaib untuk Syeikh Yusuf al-Qaradawi 

0
146
Ulama tersohor, Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun.

KAHERAH – Kementerian Wakaf Mesir melarang solat jenazah ghaib dilakukan terhadap seorang ulama tersohor, Syeikh Yusuf al-Qaradawi di sini, hari ini.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah bebas tekenal negara, Dr. Rozaime Ramle.

Menurut Rozaime, kementerian di Mesir melarang masjid-masjid di Mesir untuk melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham, Syeikh Yusuf.

“Kementerian di Mesir melarang masjid-masjid di Mesir melakukan solat jenazah ghaib ke atas jenazah Syeikh Yusuf al-Qaradawi.

“Manakala ketika Queen Elizabeth meninggal dunia, ulama besar Mesir sendiri iaitu Syeikh Ahmad al-Tayyib mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Allahyarham Syeikh Yusuf meninggal dunia pada usia 96 tahun dilahirkan di Mesir, tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar dan menetap sehingga akhir hayatnya.

Beliau adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosio politik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011.

Allahyarham hidup di Qatar dalam buangan selepas tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013, mengakibatkan Al-Qaradawi dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, telah meminta masjid-masjid di bawah selian Jakim untuk melakukan solat jenazah ghaib hari ini.

“Saya telah meminta kerjasama masjid-masjid seliaan Jakim iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra, Putarajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya untuk melaksanakan solat jenazah ghai,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here