Kerajaan komited teruskan pindaan RUU berkaitan hukuman mati mandatori

0
13

CYBERJAYA – Kerajaan komited meneruskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hukuman mati mandatori menjelang Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen turut berkongsi objektif sama dalam mengekalkan keadilan di negara ini dalam usaha menambah baik hukuman berkenaan.

“Saya mempengerusikan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti-parti merentasi jurang politik berkenaan isu hukuman mati mandatori.

“Sesi libat urus ini diadakan bagi memberi taklimat mengenai pindaan-pindaan yang dicadangkan terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan 23 kesalahan lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 8 Jun lalu, kerajaan bersetuju secara prinsip untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan diganti hukuman tertakluk budi bicara mahkamah, dengan keputusan dicapai selepas mendengar pembentangan pelaporan hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori.

Pemansuhan hukuman mati mandatori membabitkan 11 kesalahan iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan 2 kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Jelas Wan Junaidi, pembentangan itu juga adalah untuk mendapatkan input sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here