Kerajaan setuju ambil 10,000 pekerja asing Sri Lanka

0
11

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan pengambilan 10,000 pekerja asing dari Sri Lanka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Sept lepas membuat keputusan itu setelah mengambil kira keadaan negara tersebut yang dilanda krisis ekonomi ketika ini.

Tambahnya, kerajaan Sri Lanka telah turut mengemukakan permohonan rasmi untuk membekalkan tenaga kerja dan memohon kuota sebanyak 10,000 pekerja.

“Saya menggesa pihak industri dan majikan untuk memberi sokongan kepada niat murni kerajaan ini dengan menggajikan pekerja asing dari Sri Lanka bagi mengisi kekosongan pekerjaan dalam sektor yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Menurut Saravanan, majikan yang telah diberi kelulusan kuota dan telah menyelesaikan bayaran levi boleh merebut peluang tersebut.

Beliau berkata sehingga 14 Sept lepas, bayaran levi telah dibuat bagi 416,634 permohonan pekerja asing.

Saravanan berkata majikan yang berminat untuk mengambil pekerja asing boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ([email protected]) atau Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia ([email protected]) untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here