Kes culik di Perak hanya ‘imaginasi’ murid darjah 3

0
24
Mohd Yusri Hassan Basri 

IPOH – Hanya mahu melihat bagaimana pihak polis mengambil tindakan terhadap kes penculikan.

Itu jawapan yang diberikan murid perempuan yang mendakwa menyaksikan cubaan kes culik berhampiran sebuah sekolah di sini, baru-baru ini.

Dalam siasatan yang dilakukan terhadap kes di depan Sekolah kebangsaan (SK) Pengkalan, Taman Pinji Mewah itu, polis mengesahkan kes berkenaan adalah tidak benar dan hanya rekaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan terhadap murid berusia 9 tahun dan beberapa lagi saksi, polis mendapati kejadian berkenaan hanyalah ‘imaginasi’ murid berkenaan yang terpengaruh dengan kejadian di luar negara.

Siatan itu katanya melibatkan 5 saksi iaitu rakan murid tersebut, dua pengawal keselamatan dan pemandu van yang menghantar kanak-kanak berkenaan.

“Dia terpengaruh dengan perkara itu sebelum mereka-reka cerita kepada ibunya sehingga ibunya datang membuat laporan kerana bimbangkan keselamatan anaknya.

“Dia kata sekadar nak tengok bagaimana polis mengambil tindakan dan melakukan siasatan,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, bagi dakwaan melibatkan sebuah van putih pula, polis mendapati ia adalah van membawa pekerja.

Dalam khabar angin (laporan polis) yang tular pada 23 September lalu, polis mengesahkan menerima laporan mengenai cubaan melarikan seorang murid di SK Pengkalan, daripada ibu mangsa.

Susulan itu, Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here