Kes culik dihebahkan banyak yang tidak berasas -PDRM

0
33
Muhamad Zaki Harun

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengingatkan orang ramai supaya tidak panik berhubung kes penculikan kerana siasatan pihaknya mendapati dakwaan tersebut ridak berasas kepada kejadian sebenar.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dakwaan berlaku kes-kes culik atau membawa lari kanak-kanak di pekarangan sekolah sejak kebelakangan ini didapati tidak berasas.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita-berita berkaitan kejadian itu yang menimbulkan kegusaran awam.

Katanya, penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

“Pada 22 dan 26 September lepas, kita menjalankan siasatan terhadap dakwaan cubaan menculik murid sekolah rendah masing-masing di daerah Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

“Hasil siasatan, kita mendapati individu yang dikatakan berada di kawasan sekolah berkenaan tidak mempunyai nait untuk menculik sebaliknya mempunyai urusan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Muhamad Zaki memberitahu, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk sesuatu kejadian dan dakwaan itu melalui sumber sahih termasuk dari pihak polis bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan.

Sementara itu katanya, polis telah menjalankan siasatan berkait kes tular sepucuk surat dari sebuah sekolah di negeri ini yang mengingatkan ibu bapa menjaga dan mengawasi anak anak mereka sewaktu menghantar serta mengambil pulang anak berikutan risiko menjadi mangsa culik.

“Ia juga tidak berasas apatah lagi yang mengaitkan kes itu dengan sindiket mengambil organ kanak kanak dan sebagainya.

“Baru-baru ini dakwaan berkait kes culik turut berlaku di Kuala Krai. Bila polis menjalankan siasatan individu yang dikatakan cuba menculik itu rupanya kakitangan sebuah syarikat  perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusannya untuk membuat kutipan bulanan dari pelanggan di kawasan tersebut,”ujarnya.


Malah Muhamad Zaki memberitahu, kejadian seumpama itu turut berlaku di kawasan masjid Muhammadi, Kota Bharu pada awal bulan lalu sehingga seorang lelaki kurang siuman menjadi mangsa keadaan apabila di belasah oleh orang ramai kerana didakwa cuba menculik kanak kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here